Friday 26 May 2017

Labu Masak Lemak untuk Harraz.

Assalamualaikum,

Harini aku nak share sikit resepi lemak labu untuk bayi. Sebabkan harraz suka sangat dengan labu, dari usia dia 6bulan aku dh buatkan Puree Labu untuk dia. Manis-manis githeww rasa dia.
Cuma sekarang ni aku upgrade bagi dia rasa labu masak lemak pula.

Tapi ada yang cakap tak elok dedahkan santan dekat bayi usia bawah setahun. Aku pun tk pasti sebab untuk harraz aku bagi trial dulu tengok 2 3 hari okay tak. Alhamdulillah harraz tak ada alah. Makin selera lagi adalah.

Resepi Labu Masak Lemak

Bahan-bahan ;
Separuh buah labu kuning- dipotong dadu (senang untuk lenyek dalam bubur)
Santan pekat- aku guna separuh kotak sebab buat sikit je
Seulas bawang besar
2 Ulas bawang putih
Ikan bilis
Sedikit garam
Minyak zaitun
Air masak
Sawi

Cara-cara ;
1. Bawang besar, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk terlebih dahulu  untuk di jadikan bahan tumis.
2. Kemudian panas kan minyak dengan api yang sederhana kecil dan tumis bahan tersebut sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan air masak mengikut sukatan yang kita mahu kan, dan masukkan labu. Tunggu sehingga empuk.
4. Setelah labu empuk, masukkan sedikit garam & santan mengikut sukatan (aku buat sikit jadi aku guna setengah kotak santan)
5. Akhir sekali aku masukkan sawi. Sawi pun bagus untuk bayi.
6. Ok siap dan boleh hidangkan dengan bubur bayi.

Tambahan:
Sebabkan aku pun makan lemak labu untuk lunch nnti aku buat sekali telur dadar, bagi harraz rasa sikit carit2 sikit tabur atas bubur.

Okay selamat menjamu selera semua.


Labu masak lemak 


Bubur lemak labu 


Telur dadar tak jadi bentuk bulat, jadi peta dunia je rupa dia :P
(Masak dengan anak memang tkjadi yang lawa2)

Monday 22 May 2017

Fanpekka Aeon Tebrau


Harini Harraz ada playmate baru! Hai Arjuna Yusuf, beza dgn harraz cume sebulan tapi juna dah pndai jalan. Harraz masih lagi merangkak dan memapah lagi. Playdate harini dekat Fanpekka Aeon Tebrau. Untuk baby umur bawah 2 tahun entittle free cume parent je kena bayar untuk masuk dan bayar duit stokin. Bagi parent yang dah siap2 bawak stokin dari rumah tak payah beli stokin dari Fanpekka ye.

Berapa bayaran untuk stokin Fanpekka? Cume RM6.00 sepasang. Aku sebenarnye ada bawak stokin sendiri tapi gatal nk beli stokin Fanpekka jugak. Konon nak buat collection. Huhu 
Total kena bayar sekali masuk aku dan Husband RM28.00 termasuk harga stokin. Main sampai puas tak ada limit dia, nak main satu hari pun tak ada hal lah. Plus, boleh keluar masuk asalkan tunjuk resit dekat counter depan.

Harraz masih 9bulan (esok baru genap 10bulan) tak berapa pandai nak main sendiri, kena mama/papa yang handle bawak sana sini. Penat jugak dah dia tu semangat. 


Mama papa yang over excited

Tengok suasana dia je dah rasa tak nak keluar. Tempat pertama yang kitorang tuju 'bubble/ball' sebab selalu nya baby ni suka benda yang round shape, senang dia nak belek2. Harraz pun dh kenal shape tu so dy pun excited. Dalam tu pun kawasan dia selamat & penuh dgn bola putih biru. Mana tak anak aku senyap je stay lama dalam tu. Tengok lh ni, harraz siap merangkak & baring kat sini.



                                                           






Lepas main ball ni, bawak harraz main gelongsor. Dengan papa sekali lah yang kena bawak. Harraz kecil lagi tk boleh lepas sesorang naik tu. Tapi dia cam takde perasaan pulak huhu. Sabar jela. Mybe dia terkedu kot gelongsor tu laju sangat turun. Jantung tertinggal kat atas mase turun tu hehe. 

Hah dah puas main area situ bawak harraz masuk istana. Istana budak2 huhu comel betul. Siap ada santapan diraja. Pakaian diraja anak anak boleh pakai. Tapi semua size 1 tahun ke atas. Kalau harraz pakai memang besau tk nampak orang nye dah. Dekat istana ada jalan yang hubung kan gelonsor 3D mcmtu. Masuk situ mama sempat amik gambar kejap. 






Ok tukar mood pulak pergi main dekat kawasan rumah-rumah. Kat sini pun best sebab boleh bina rumah sendiri. Just ambil papan rumah yang di sediakan bina ikot kreativiti anak anak. Mostly aku perasan ramai budak perempuan yang main kat sini. Biasa lah kalau aku pun main kat sini ala-ala main masak2 mcmtu. Siap ada makanan, penyapu, dapur gas, ruang taman dan mcm2 lagi. Suasana dia memang kau berada dekat kwsn perumah tapi version budak budak lah hehe. 









Last tempat aku bawak dia pergi tengah fanpekka tu. Kat situ ada kedai2 yang aku perasan kedai aiskrim & kedai bunga. Tak explore sgt sebab aku dh taklarat. Harraz pun mcm penat. So kiteorang port je duduk duduk santai sambil lepas kan harraz main dgn juna sendiri. Juna berjalan harraz merangkak. Ha kejar sesama sendiri. Aku pun duduk berbual dgn yana. Buat hilang rasa penat. Fuh lain mcm pemat dia. Haha kawasan last ni lebih kurang mcm pasang - bina. Ada magnet boleh baby tampal2. Contohnya mcm ni. Kalau korang paham lah ;


Ok cukup lah abiskan masa dekat sini. Lama jugak kitorang main dalam ni lebih kurang 3 jam. Nasib anak tak meragam & bagi kerjasama dengan mama papa dia. So umtuk korang yang tak tahu nak pergi mana? Jom try Fanpekka Aeon Tebrau ni. Serious puas hati. Servis pon nice baik je layanan staff. 

Okok last kasik chance untuk mama & aunty yana selfie dengan handbag masing2. 


XO


Wednesday 17 May 2017

Kentang Lenyek/Mashed Potatoes Untuk Bayi 9 Bulan

Harini buatkan breakfast harraz kentang lenyek atau mashed potatoes. Kali ni Mama cuba campurkan keju atau cheese bagi rasa lemak lemak masin gitu. Memandangkan harraz pun dah 9bulan boleh advance sikit makan keju. Sebagai mama, kena pandai pilih keju yang sesuai dengan usia bayi. Ada yang serasi, ada juga bayi tak serasi dan boleh menyebabkan alahan/alergic.
Untuk harraz, mama pilih keju brand Beqa. Brand ni 100% Natural Cheese and made with Fresh Milk. Texture dia pun sangat soft. Makanan harraz pun bau sedap sangat.

Okay mama share sikit resepi :

Bahan-bahan

-Kentang/Potato
-Sawi
-Keju (khas untuk bayi)
-Ikan bilis
-Bawang merah/bawang besar
-Minyak Zaitun

Cara-cara

1- Potong kentang dan rebuskan atau kukus sehingga empuk, bila dah empuk angkat dan tapiskan.
2- Tumis bawang merah sehingga naik bau, masukkan sawi dan keju tambah sedikit air (supaya tidak terlalu kering)
3- Goreng ikan bilis sehingga garing dan tumbuk untuk dijadikan serbuk.
4- Campurkan kentang dan bahan yang ditumis tadi di dalam blendder dan blend sehingga halus. Bagi Mummy yang biasa lenyek/lecek boleh juga gantikan nye dari blend.
5- Lepas blend/lenyek barulah tabur kan serbuk ikan bilis untuk bagi perisa. (Harraz suka ikan bilis jadi wajib ada ikan bilis dekat makanan dia)

Ok siap. So far harraz ok dan tak ada elergic. Mama try bagi makanan dia campur keju selama 3 hari untuk test dia alah atau tak.




Hasil merebus, menumis & memblend jadilah kentang lenyek hihi


So ni lah keju yang aku maksudkan, 
Brand Beqa & best sekali packaging dia dlm bentuk stick
100% Natural Cheese


Makan sampai berkerut kening, pikir masalah dunia mybe.


Monday 15 May 2017

Peraduan Anak Mama Seiras -Kelab Mama


Memandangkan semalam hari ibu sedunia, Kelab Mama ada buat peraduan untuk Mummy2 semua. #peraduanmamaseiras dgr tajuk dia pon dah rasa seronok gilerrrr.. Rasa mcm aku nak join!!! Al maklumlah sejak jadi  mama anak satu ni semua peraduan  nak masuk. Just for happy, selain tu boleh tengok Ibu & Anak orang lain jugak yang terlibat. Mesti comel comel semua

Peraduan dia senang je,
 1- Cari Facebook Kelab Mama
 2- Klik link peraduan anak mama seiras
 3- Baca syarat2 dia dan mesti tahu bila tarikh tamat untuk sertai peraduan tersebut
 4- Muat Turun Gambar Mak & Anak
 5- Isi lengkap maklumat yang diperlukan

Siap ! Tunggu email untuk pengesahan dari Kelab Mama.

Ni Id peserta untuk Mama & Harraz.

Harini baru boleh undi dan kumpul Like/Suka dari kawan2 Facebook mama. Mintak tolong jasa baik kamu semua Klik Like/Suka dekat bawah gambar tu. 

Tempoh undian dari 15-5-2017 sampai 31-5-2017.
Boleh cari link ni dekat status facebook Mama harraz ye kat situ dah terangkan cara untuk undi.

Terima kasih semua. Wish me luck. Muahh

Saturday 13 May 2017

Selamat Hari Ibu untuk Wanita yang bergelar Ibu

Masuknye  Mei ramai orang tahu merupakan bulan untuk meraikan Hari Ibu. Tahun ni sangat berbeza dari tahun2 yg lepas kerana merupakan tahun pertama aku bergelar seorang Ibu kepada anak ku.Walaupun baru 9 bulan  aku menjadi ibu, banyak aku pelajari tentang erti pengorbanan. Dan masih  jauh lagi perjalanan untuk aku.

Hadirnya seorang insan bernama anak banyak yg berubah dalam hidup aku yang mana dulunya aku boleh tidur lena tanpa fikirkan masalah dunia, aku boleh bebas keluar kesana sini, malah aku tidak pernah rasa penat dalam urusan harian aku. Sebelum ini aku rasa sendiri, tanpa peneman.

Tetapi semuanya berubah 180 degree sejak  aku melahirkan seorang Anak, darah daging aku sendiri. Dari bebas kesana sini berubah menjadi terhad bergerak kemana mana kerana memikirkan sesuai tak tempat yang nak dituju dengan membawa anak yang nmasih kecil. Selesa ke dia? Rimas ke dia dengan suasana di situ? Dulunya aku boleh puas tidur tak pernah tak cukup tidur. Jarang eyebag muncul di ruang muka ku, tapi kini tidur ku sudah bergalih kepada anak ku. Bila anak tidur itulah masa ku untuk curi-curi mengemas rumah, lipat kain dan siapkan kerja yang tertangguh. Sungguh sibuknya kehidupan aku ketika ini. Aku bekerja di sebuah syarikat dan dah tentunya balik kerja inginkan berehat, dulunya aku mampu rehat berguling-guling di atas katil sampai rasa penat tu hilang. Tapi kini, hanya mimpi dan tak mampu aku rasai kerana melayani kerenah anak yang rindukan belai kasih sayang ibu yang hilang sewaktu aku bekerja. Sejujurnya rasa penat bekerja automatik hilang bila aku melihat raut wajah dan keletah anak ku itu.

Walaupun perubahan itu lebih mencabar kehidupan aku yang sebelum ini, percaya lah bahawa semua keletihan dan kepenatan yang aku rasai sebenarnya pahala dan ganjaran sedang menanti di akhirat sana. Aku tidak pernah rasa mnyesal malah aku tidak mengeluh ketika aku diuji dengan kerenah anak yang setiap hari berubah. Alangkah ajaib nya perasaan itu ada dalam diri seorang Ibu. Motherhood is all about learning. I'm learn to give the best for my kids.Try and error. Challeging, yet amazing.

Sememangnya pengalaman yang paling indah sebagai seorang perempuan adalah menjadi seorang ibu. Pengorbanan yang tidak mampu di ukur dengan wang ringgit. Semoga kita semua dapat menjadi Ibu yang terbaik untuk anak-anak dan isteri yang solehah kepada suami. Saham akhirat sedang menanti. Selamat hari Ibu kepada Arwah ibu ku, Ibu Tiri ku dan Ibu Mertua ku serta wanita diluar sana yang bergelar Ibu. 



Muhamad Harraz Anaqi Bin Muhamad Faizal

Ingatlah wahai anakku, ibu mu ini selalu inginkan yang terbaik untukmu. Semoga segala  pengorbanan ibu ini kelak membuahkan hasil yang terbaik untuk mendidik kamu sehingga kamu menjadi  seorang anak yang berbakti kepada orang tua mu. Jadi lah anak yang soleh dan pembimbing keluarga suatu hari ini jika orang tua mu sudah tiada lagi. Hadirmu memberi seribu satu keajaiban untuk aku yang bergelar ibu mu...

Tuesday 9 May 2017

Bridesmaid - Majlis Bersanding

" The Bridesmaids are members of the bride's party in a wedding. A bridesmaid is typically a young woman, and often a close friend or sister. She attends to the bride on the day of a wedding or marrige caremony "

Untuk majlis bersanding, aku pon ada bridesmaid  aku sendiri. Bridesmaid  aku 13 orang (over ramai kan??) Ni kes masukkan bff, cousin, adik., ha amik skli kira 13 orang. Garu kepala nak sponser kain nak  seragam semua. Tapi bende ni untuk suka2 seronok2 so takde lah terasa beban sangat. Alhamdulillah tak lari budget & semua nya berjalan dgn lancar. (Itu yg lagi penting bg seorang pengantin) hihi.

Dulang boys & girls dah pilih colour marron. So bridesmaid  kena lah colour lain, nak matching2 colour ni bukan senang. Plus 13 orang mesti lah idea pon 13 kepala. Macam2 idea nak itu lah tak nk ini lah. Sampai sminggu nak majlis pon tak settle lagi tau. Stress iolss.

Last2 aku pilih colour Mint Green. Sbb nye theme wedding aku Mint Green & Cream. (Termasuk kain scallop khemah) hihi. Mint Green ni colour dia nampak smooth & soft je mata memandang. Redup pon ye. Nak matching kan dgn colour apa2 pon senang.

So, as bride nak kan wedding yang simple but look nice haruslh pandai main colour ok. Jgn pilih colour panas & gelap. Effect untuk tetamu yg dtg & mata kita sendiri. (Kalau tanak nampak serabut otak jgn hentam buta pilih colour ok!)

Hari sanding tu pengantin (i & husband) pakai persalinan songket Soft Grey and combination bridesmaid   Mint green. For me ok lah nampak sejuk colour dia. Taktahu utk korang pulak. ( lain org lain citerasa)

Okay aku kasik share gambar aweks aweks bridesmaid aku. (Time ni dorang semua single-tahun 2015)





Monday 8 May 2017

Dulang Boys & Dulang Girls - Majlis Nikah

Haritu dah belanja gambar selfie aku time 3 majlis resepsi kan. Ok kalini nak share gambar Dulang Boys & Dulang Girls mase aku nikah. Zaman aku ni tengah meletop letop fenomena dulang boy & girl bagai. Dgn bridesmaid lagi. Dgn aku aku skli terpengaruh. Hahah kuat betol rasukan dia.

Mana tak nye baru google wedding dah keluar gambar sedondon laki pmpn bawak dulang hantaran. Actually dulang boy & dulang girl ni prefer untuk kawan2 tolong bawakan dulang hantaran mase majlis nnti. And benda ni seronok lagi2 kwn2 korang yg sporting nak join. Lagi best moment korang boleh jadikan kenangan bila tengok2 gambar kahwin nanti.

Ok mase aku Dulang Boys & Dulang Girls aku pilih tema ala2 Tradisional. Which means utk Dulang boys pakai samping bercorak kain pelikat. Dulang girls pulak aku belikan kain corak songket Sabah. Colour pula aku pilih Maroon & Cream. Sebab nya bagi contra dgn baju pengantin warna putih.








Cantik kan Colour contra? So nilah my team Dulang Boys & Girls. 


Friday 5 May 2017

Yes! I'm Married !

Hi.

Tetibe terasa nak throwback gambar kahwin. Ok tak ok tak? Terindu zaman selim melim. Hahha selim ker? Mase tu aku kahwin umur 22 tahun kes kahwin muda lah jugak. Kawan2 semua tgh seronok study dip & degree bagai aku pulak study smpai Stpm jer.. Lepas tu dah gatai nk kerja.

Tetibe ade pulak yg masuk minang, nak mintak restu family bukan main seram lg. Lagi2 parents aku dh lama meninggal so kakak yg jaga dari kecik & stay dgn atuk nenek. Nak mintak restu kena lh dr atuk nenek. Lepastu confirm lah makcik2 pun ade yg setuju & tak. Hurmm. Aku pon bagi dorang masih budak2. Huhu

Ok berbalik pasal throwback gambar kahwin, aku lanje satu dulu eh. Nnti aku kumpul gmbr mne yg ade simpan aku share.


Taaadaaaaaa !!!!




Majlis Nikah.


Majlis Sanding.


 Majlis Bertandang.