Monday 14 August 2017

Menu Lunch : Nasi Ayam

Happay Monday everyone!

Menu lunch untuk harraz harini mama buatkan nasi ayam, ayam disalut kicap manis semanis mama dan sup lobak kentang beserta cheesedar sbgai penambah perisa. 

Meh aku share resepi nasi ayam ni :

Bahan-bahan:

-Beras segenggam (sukatan untuk harraz sbb dia baru setahun)
-Ayam bahagia dada dan dipotong dadu
-Kentang sebiji dipotong dadu
-Lobak merah dipotong round shape/ikot kreativiti sendiri
-Bawang merah (1biji) & bawang putih (2ulas) (diblend/ditumbuk)
-Bunga cengkih/kayu manis
-Air 
-Daun Sup

Cara- cara:

Untuk buat Nasi:
-Basuh beras sehingga bersih sambil selawat 3kali
-Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan putih yang ditumbuk serta masukkan bunga cengkih. Tumis sehingga naik bau.
-Selepas siap tumis, campurkan kedalam nasi yang sedang masak, godak/gaul bagi sekata dan tunggu sehingga masak.

Untuk buat Ayam:
-Ayam yang sudah dibasuh dan dipotong dadu (bagi mudah anak makan) 
-Perap ayam dengan kicap manis (5-10minit)
-Panaskan minyak (sedikit sahaja) kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi.
-Goreng sehingga garing/masak dan angkat toskan.

Untuk buat Sup:
-Tumis bawang merah dan putih serta bunga cengkih/kayu manis sehingga naik bau.
-Masukkan air,kentang dan lobak. Juga boleh letak sedikit dada ayam.
-Tunggu sehingga mendidih dan kentang , lobak empuk 
-Akhir sekali masukkan cheesedar (pengganti garam) 




Nasi ayam siap!!


Disebalik perkataan lunch tu kebetulan dia tgh sepah2kan


Taraaa!! Ok harraz dah stndby untuk makan, ops air jangan lupa bagi sekali takot anak tersedak hehheh

Happy Lunch!

Thursday 3 August 2017

Harraz Anaqi's 1st Birthday !

Hai semua!

Dah dua minggu lebih anak mama genap umur setahun. Last year time mcmni tengah syoikk layan waktu2 berpantang sambil hirup air kopi kaw kaw angah buatkan. Badan kena urut dengan mak bidan, makan minum angah siapkan, embah datang jaga dari pagi sampai nun petang. Best sangat2. Macam anak raja pulak rasanya wink wink.

22.7.2017, Sabtu genap lah setahun anak papa mama Muhamad Harraz Anaqi Bin Muhamad Faizal. Yang dulu nye tembam mambam sekarang susut sikit sbb asyik kerja nak berjalan tawaf rumah je. Tahun ni ngam2 birthday hari sabtu, hari mama papa cuti. So ada buat party dan sambut aqiqah sekali, dah besor baru nak buat aqiqah hahaha, tpi masa dalam hari dh potong jambul dia pon.

Birthday 1st harraz mama papa plan nak jemput family dua2 side, kawan kerja & kawan baik, oh also kawan harraz. hehe (kawan mama yang saing2 prgnant last year). Mintak tolong epi (anak sedara hsband) untuk buatkan invitation card, nasib ada anak sedara yang buat job designer, hoho.
So ni lah 1st birthday's invitation card untuk harraz,


Tema party mama pilih putih & gold, tapi takkisahlah kalau ada yang tak mo ikut tema, heheh yg penting tengok tetamu sudi datang tu pon aku dah happy :D, Majlis nye simple je. start dengan budak tahfiz dari Sungai Tiram. diorang ni famliy aku memang selalu ajak bila ada buat apa2 majlis. takkisahlah mjlis khatam al-quran, malam berinai & etc. InshaAllah dorang boleh bagi kerjasama. tapi kena book awal2, sebab dorang kena bahagi2 kan jadual. Pasal bayaran pon tak ada yang fix. semuanya seikhlas hati sanubari korang. Transport sorang pulak aku sewa van dengan Pakcik Saad, pkcik ni bawak van sekolah. Total budak tahfiz 22 orang, Merdu & sedap bacaan dari diorang, Terima kasih ustaz sudi datang memeriahkan majlis anak kami. aiceh githew.



Tepat pukul 3.00pm acara potong kek, okay sebenarnya sepanjang party ni harraz not in a good mood, dia tak ckup tidor. lepastu dapat tidor dalam sejam dah kena kejut dgn mama suruh layan tamu :P
Memang melepek jelah nak berdukung je dengan mama sepanjang party tu.


                                         
                                        Cake : www.instagram.com/petals_and_bakes
                                        Cake topper :www.instagram.com/akudankraf
                                        PhotoGrapher : www.instagram.com/locusfocusing &
                                                                 www.instagram.com/myrulee
                                        Tapestry (Backdrop) : www.instagram.com/tapestryad.co

Alhamdulillah ramai yang datang, dari jauh pun ada, thanks korang, sayang korang muahmuah <3 InshaAllah kita jumpa lagi untuk next birthday celebration Harraz or adik harraz :P


Banyak lagi gambar yang tak sempat upload, soon nnti aku upload dekat next entry ok.

Love,