Friday 26 May 2017

Labu Masak Lemak untuk Harraz.

Assalamualaikum,

Harini aku nak share sikit resepi lemak labu untuk bayi. Sebabkan harraz suka sangat dengan labu, dari usia dia 6bulan aku dh buatkan Puree Labu untuk dia. Manis-manis githeww rasa dia.
Cuma sekarang ni aku upgrade bagi dia rasa labu masak lemak pula.

Tapi ada yang cakap tak elok dedahkan santan dekat bayi usia bawah setahun. Aku pun tk pasti sebab untuk harraz aku bagi trial dulu tengok 2 3 hari okay tak. Alhamdulillah harraz tak ada alah. Makin selera lagi adalah.

Resepi Labu Masak Lemak

Bahan-bahan ;
Separuh buah labu kuning- dipotong dadu (senang untuk lenyek dalam bubur)
Santan pekat- aku guna separuh kotak sebab buat sikit je
Seulas bawang besar
2 Ulas bawang putih
Ikan bilis
Sedikit garam
Minyak zaitun
Air masak
Sawi

Cara-cara ;
1. Bawang besar, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk terlebih dahulu  untuk di jadikan bahan tumis.
2. Kemudian panas kan minyak dengan api yang sederhana kecil dan tumis bahan tersebut sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan air masak mengikut sukatan yang kita mahu kan, dan masukkan labu. Tunggu sehingga empuk.
4. Setelah labu empuk, masukkan sedikit garam & santan mengikut sukatan (aku buat sikit jadi aku guna setengah kotak santan)
5. Akhir sekali aku masukkan sawi. Sawi pun bagus untuk bayi.
6. Ok siap dan boleh hidangkan dengan bubur bayi.

Tambahan:
Sebabkan aku pun makan lemak labu untuk lunch nnti aku buat sekali telur dadar, bagi harraz rasa sikit carit2 sikit tabur atas bubur.

Okay selamat menjamu selera semua.


Labu masak lemak 


Bubur lemak labu 


Telur dadar tak jadi bentuk bulat, jadi peta dunia je rupa dia :P
(Masak dengan anak memang tkjadi yang lawa2)

No comments:

Post a Comment