Saturday 13 May 2017

Selamat Hari Ibu untuk Wanita yang bergelar Ibu

Masuknye  Mei ramai orang tahu merupakan bulan untuk meraikan Hari Ibu. Tahun ni sangat berbeza dari tahun2 yg lepas kerana merupakan tahun pertama aku bergelar seorang Ibu kepada anak ku.Walaupun baru 9 bulan  aku menjadi ibu, banyak aku pelajari tentang erti pengorbanan. Dan masih  jauh lagi perjalanan untuk aku.

Hadirnya seorang insan bernama anak banyak yg berubah dalam hidup aku yang mana dulunya aku boleh tidur lena tanpa fikirkan masalah dunia, aku boleh bebas keluar kesana sini, malah aku tidak pernah rasa penat dalam urusan harian aku. Sebelum ini aku rasa sendiri, tanpa peneman.

Tetapi semuanya berubah 180 degree sejak  aku melahirkan seorang Anak, darah daging aku sendiri. Dari bebas kesana sini berubah menjadi terhad bergerak kemana mana kerana memikirkan sesuai tak tempat yang nak dituju dengan membawa anak yang nmasih kecil. Selesa ke dia? Rimas ke dia dengan suasana di situ? Dulunya aku boleh puas tidur tak pernah tak cukup tidur. Jarang eyebag muncul di ruang muka ku, tapi kini tidur ku sudah bergalih kepada anak ku. Bila anak tidur itulah masa ku untuk curi-curi mengemas rumah, lipat kain dan siapkan kerja yang tertangguh. Sungguh sibuknya kehidupan aku ketika ini. Aku bekerja di sebuah syarikat dan dah tentunya balik kerja inginkan berehat, dulunya aku mampu rehat berguling-guling di atas katil sampai rasa penat tu hilang. Tapi kini, hanya mimpi dan tak mampu aku rasai kerana melayani kerenah anak yang rindukan belai kasih sayang ibu yang hilang sewaktu aku bekerja. Sejujurnya rasa penat bekerja automatik hilang bila aku melihat raut wajah dan keletah anak ku itu.

Walaupun perubahan itu lebih mencabar kehidupan aku yang sebelum ini, percaya lah bahawa semua keletihan dan kepenatan yang aku rasai sebenarnya pahala dan ganjaran sedang menanti di akhirat sana. Aku tidak pernah rasa mnyesal malah aku tidak mengeluh ketika aku diuji dengan kerenah anak yang setiap hari berubah. Alangkah ajaib nya perasaan itu ada dalam diri seorang Ibu. Motherhood is all about learning. I'm learn to give the best for my kids.Try and error. Challeging, yet amazing.

Sememangnya pengalaman yang paling indah sebagai seorang perempuan adalah menjadi seorang ibu. Pengorbanan yang tidak mampu di ukur dengan wang ringgit. Semoga kita semua dapat menjadi Ibu yang terbaik untuk anak-anak dan isteri yang solehah kepada suami. Saham akhirat sedang menanti. Selamat hari Ibu kepada Arwah ibu ku, Ibu Tiri ku dan Ibu Mertua ku serta wanita diluar sana yang bergelar Ibu. 



Muhamad Harraz Anaqi Bin Muhamad Faizal

Ingatlah wahai anakku, ibu mu ini selalu inginkan yang terbaik untukmu. Semoga segala  pengorbanan ibu ini kelak membuahkan hasil yang terbaik untuk mendidik kamu sehingga kamu menjadi  seorang anak yang berbakti kepada orang tua mu. Jadi lah anak yang soleh dan pembimbing keluarga suatu hari ini jika orang tua mu sudah tiada lagi. Hadirmu memberi seribu satu keajaiban untuk aku yang bergelar ibu mu...

No comments:

Post a Comment