Friday 29 December 2017

Cameron Highland - Part 1

Tanah Rata, Cameron Highland

Ok nak cerita pasal vacation dua tahun lepas. Taksilap mase ni 20 Disember 2015 and baru 3bulan kahwin hehe. Mulanya tak plan pun nak pergi Cameron Highland, sehari sebelum sampai sana aku dengan husband join geng Gopro Jb pergi rafting dekat Gopeng, Ipoh. Balik dari rafting diorang ajak lepak Cameron sehari baru balik Jb.

Actually masa ni aku tengah pregnant baby first :) Rasa dalam 9 weeks/2 months. Baru je lagi and masa rafting pun tak dapat join sebab takut baru lagi kan. Tak nak amik risiko. Dapat tengok dari tepi je dah lah cuaca panas terik berdenting ting ting :(

Berbalik pasal vacation dekat Cameron Highland ni, sebenarnya aku happy gilss nak pergi Hahah. Ni first time kot jalan kat situ. Nampak tak jakun dia? Dulu masa sekolah ada lawatan pergi Cameron tapi takpernah ikut sebab family tkbagi. Risau jalan dekat situ bukit bukau bagai kan. Tapi kalini best sangat sebab ni kira 'Babymoon' untuk aku and husband.

Ni aku share aktiviti yang aku buat kat sana, tapi tak banyak sangat lah berjalan sebab tangah preggy mood swing kejap penat, kejap bosan. Ha kadang rasa nak tidur je kan. Betultak? nasib tkde morning sickness tau. Ok. Aku sampai Cameron malam, gerak dari Gopeng petang dalam pukul 4 macamtu tapi buatkan nak smpai ke Cameron tu jalan jem lekat padat tau! hampir 3 jama sangkut kat jem. Huh. Da sampai dalam pukul 9 malam terus check in. Lepas check in aku ajak husband jalan pasar malam dekat situ. Suasana dia best plus sejuk namatiii meyhh. Ha ni view pasar malam dia,


 Dekat pasar malam ni takbeli banyak barang pun. Beli makanan buat kunyah2 dengan cari barang baby yang boleh bagi dekat baby dalam perut ni. Hehe, masa tu belum tahu gender baby boy/girl. So yang selamat belikan topi strawberry je. Kenapa strawberry? Sebab buah strawberry ni lambang untuk Cameron Highland. Nanti baby pakai ingat lah ni mama papa dia belikan dekat cameron :)

Ni lah topi strawberry nye. And rupanya mama preggy kan baby boy. Time ni Harraz 7 bulan baru ngam topi ni kt kepala dia.  
Lepas puas menapak dekat pasar malam, aku pergi makan dekat satu restoran *lupa nama restoran*. Makanan dia sedap not bad. Harga standard lah mampu milik gitu hehe. Siap makan semua balik bilik and tidur. Mama to be dah penat berjalan, baby pun nak rest. (Tidur dalam sejuk) zzzzzz.

Hari esoknya, aku pergi Taman Agroteknologi. Round area situ. View dia nice sangat. Tapi sama juga, tak banyak amik gambar. Mana yang sempat je.


 

Me and Husband      

No comments:

Post a Comment