Monday 14 August 2017

Menu Lunch : Nasi Ayam

Happay Monday everyone!

Menu lunch untuk harraz harini mama buatkan nasi ayam, ayam disalut kicap manis semanis mama dan sup lobak kentang beserta cheesedar sbgai penambah perisa. 

Meh aku share resepi nasi ayam ni :

Bahan-bahan:

-Beras segenggam (sukatan untuk harraz sbb dia baru setahun)
-Ayam bahagia dada dan dipotong dadu
-Kentang sebiji dipotong dadu
-Lobak merah dipotong round shape/ikot kreativiti sendiri
-Bawang merah (1biji) & bawang putih (2ulas) (diblend/ditumbuk)
-Bunga cengkih/kayu manis
-Air 
-Daun Sup

Cara- cara:

Untuk buat Nasi:
-Basuh beras sehingga bersih sambil selawat 3kali
-Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan putih yang ditumbuk serta masukkan bunga cengkih. Tumis sehingga naik bau.
-Selepas siap tumis, campurkan kedalam nasi yang sedang masak, godak/gaul bagi sekata dan tunggu sehingga masak.

Untuk buat Ayam:
-Ayam yang sudah dibasuh dan dipotong dadu (bagi mudah anak makan) 
-Perap ayam dengan kicap manis (5-10minit)
-Panaskan minyak (sedikit sahaja) kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi.
-Goreng sehingga garing/masak dan angkat toskan.

Untuk buat Sup:
-Tumis bawang merah dan putih serta bunga cengkih/kayu manis sehingga naik bau.
-Masukkan air,kentang dan lobak. Juga boleh letak sedikit dada ayam.
-Tunggu sehingga mendidih dan kentang , lobak empuk 
-Akhir sekali masukkan cheesedar (pengganti garam) 




Nasi ayam siap!!


Disebalik perkataan lunch tu kebetulan dia tgh sepah2kan


Taraaa!! Ok harraz dah stndby untuk makan, ops air jangan lupa bagi sekali takot anak tersedak hehheh

Happy Lunch!

No comments:

Post a Comment